Individu yang mempunyai rupa paras menarik seringkali dicemburui ramai mempunyai banyak kelebihan tersendiri. Kebiasaannya mereka yang tergolong dalam kelompok yang cantik atau kacak lebih mendapat perhatian, lebih disukai, dianggap bijak dan lebih dihormati masyarakat.
Namun kajian terbaru di Amerika Syarikat ini tentunya akan membuat mereka akan lebih dicemburui selepas ini. Menurut kajian tersebut, Orang yang dianugerahkan rupa fizikal menarik mempunyai kemungkinan yang rendah untuk mendapatkan tinnitus , asma, kencing manis, dan tekanan darah tinggi.
Lebih menarik penampilan fizikal lelaki dan wanita tersebut , lebih rendah kebarangkalian mereka untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan, kolesterol tinggi dan kemurungan.
Mereka juga berasa lebih sihat, mempunyai , bekerja dengan lebih ringan dan didiagnosis dengan keadaan kesihatan fizaikal dan mental yang lebih baik sepanjang hayat mereka .
Kajian dari Universiti Cincinnati dan beberapa pusat yang lain itu telah dijalankan kepada 15 000 responden berusia antara 24 hingga 35 tahun dan telah diterbitkan dalam jurnal Evolution and Human Behaviouritu juga mengatakan bahawa daya tarikan mungkin adalah penanda gen dan juga isyarat kesihatan yang baik,malah meningkatkan kemungkinan mereka untuk mempunyai anak yang sihat.