Alhamdulillah! Mengambil keberkatan di bulan Ramadhan, akhirnya pelakon dan pengacara Neelofa Mohd Noor telah mengambil keputusan untuk mengenakan hijab secara tetap selepas ini.
Diperolehi daripada portal hiburan Rotikaya, gambar screen capture perbualan di antara Neelofa dan jurugambar, Annas Easkey, Neelofa mengakui sudah mengenakan hijab.
Seperti yang kita ketahui, sebelum ini Neelofa banyak menjayakan sesi fotografi yang memintanya bertudung malah mempromosikan jenama tudung keluaran, Bokitta Hijab dan mungkin dari situ terdetik di hati Neelofa untuk bertudung dalam usahanya menjadi seorang muslimah sejati.
Apapun Wanista harapkan Neelofa akan terus istiqamah dalam penghijrahan yang mulia in dan semoga penghijrahan artis-artis wanita Malaysia dapat membuka mata artis-artis yang lain untuk turut mengikut jejak langkah ke arah kebaikan ini.
Rotikaya, mynewshub