Sempena ulangtahun SEKKISEI pada tahun 2015 nanti, jenama kosmetik dan penjagaan kulit Kose akan menganjurkan pertandingan KOSE SEKKISEI Cinderella untuk memilih seorang Cinderella yang akan menyokong cerita SEKKISEI dalam mengekalkan kecantikan wanita.
Kriteria yang dititik beratkan adalah kecantikan luaran dan dalaman dimana Cinderella tersebut haruslah mempunyai kulit bersih dan berseri . Setiap Wakil SEKKISEI Cinderella (Pemenang) dari setiap negara akan berpeluang untuk pergi ke Jepun pada musim bunga 2015 ini untuk meraikan Parti Ulangtahun SEKKISEI yang ke 30 beserta hadiah-hadiah menarik yang lain.
Pencarian bermula pada Mac dan April lalu dan seramai 85 peserta telah datang menghadiri ujibakat namun hanya 15 peserta yang terpilih untuk ke peringkat semi-final. Setelah menjalani saringan kedua ,enam finalis telah terpilih untuk meneruskan perjuangan dan pada peringkat akhir pertandingan telah dianjurkan 26 Jun 2014.
Pemenang Best Vote Award yang dimenangi oleh Lee Ya Qin telah membawa pulang bekalan produk SEKKISEI selama setahun dan kategori Special Judges Award yang dimenangi Tengku Adina Fathiza turut menerima hadiah yang sama.
Pemenang untuk pencarian SEKKISEI CINDERELLA ini telah digondol oleh Quek Choon Chin yang melayakkan dirinya untuk memenangi hadiah wang tunai RM 15, 000, bekalan produk SEKKISEI , gelaran SEKKISEI Cinderella Malaysia, peluang ke Jepun untuk Parti Ulangtahun SEKKISEI yang ke 30 dan bakal tampil sebagai gadis penghias muka hadapan majalah.