Sempena bulan Ramadhan, Teh Tarik Place menawarkan pelbagai juadah makanan tempatan, Citarasa Bazaar Ramadan yang sudah pun bermula pada 29 Jun 2014 dari jam 5 petang sehingga 8 malam.
Dengan dalaman yang kontemporari dan suasana santai, Teh Tarik Place merupakan tempat yang ideal untuk pengunjung menikmati makanan bazar tradisional dalam persekitaran yang bebas dari segala tekanan.
Menu Ramadhan baru, terdiri daripada Roti John, Sup Tulang dengan nasi dan Telur Dadar, Bihun Sup Tulang dan Mee Udang, membawa perisa Ramadan lazat yang akan memenuhi selera anda.
Satu lagi juadah berbuka puasa kegemaran di kalangan penduduk tempatan adalah Sup Tulang. Ini sup aromatik direbus dengan rusuk daging lembu berkualiti dan rempah. Dihidangkan dengan sepinggan nasi kembang dan omelet, ini adalah salah satu makanan yang dijamin menyenangkan sehingga hangat di dalam perut anda.
Teh Tarik Place juga tampil dengan Nasi Hujan Panas. Nasi Hujan Panas akan disediakan bersama acar dan lauk sampingan Ayam Masak Merah atau Kari Daging Kambing.
Kegemaran bazar lain juga termasuk hidangan klasik seperti Murtabak, Nasi Lemak Ayam Masak Merah, Nasi Kerabu dan banyak lagi. Setiap hidangan datang dengan Kurma dan semangkuk bubur. Menu lain seperi Nasi Ambeng, Nasi Goreng Ayam TTP, Mee Goreng Mamak dan Mee Rebus.
Jadi tunggu apa lagi, berbuka puasa dengan hidangan enak bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menu Citarasa Bazaar Ramadan yang baru di Teh Tarik Place. Menu Ramadan boleh didapati dari 5 petang sehingga 8 malam, 29 Jun hingga akhir bulan puasa.
Lokasi Teh Tarik Place :
- Ground floor, The Curve, Mutiara Damansara
- Ground floor, Empire Shopping Gallery, Subang Jaya
- Lower ground floor, 1Utama Shopping Centre, Petaling Jaya
- Ground floor, Sooka Sentral, Kuala Lumpur
- 3rd floor, IOI Mall, Puchong Jaya
- Level 2, Paradigm Mall, Kelana Jaya
- Lower ground & ground floor, Sunway Pyramid, Petaling Jaya
- Level 2, Setia City Mall, Bandar Setia Alam
- Ground floor, Bangi Gateway Shopping Complex, Bandar Baru Bangi
- Ground Floor, Ayer@8, Precinct 8, Putrajaya
- Ground floor, MetroPoint Complex, Kajang
- Lower Ground Floor, Nu Sentral, Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur