Sesuatu yang sungguh mulia. Difahamkan skuad bola sepak Algeria akan mendermakan imbuhan dan bonus yang diperolehi mereka pada temasya Piala Dunia FIFA 2014 untuk rakyat Palestin di Gaza.
Dalam laporan sebuah portal sukan Diehardsport.com, penyerang pasukan, Islam Slimani memberitahu yang perkara tersebut dibuat atas dasar prihatin. Islam turut memberitahu bahawa jumlah wang yang akan didermakan sekitar RM29 juta (US9 juta).
“Mereka lebih memerlukan dari kami,” katanya.
Sementara itu, prestasi Algeria dalam kempen kali ini dilihat sebagai cemerlang apatah lagi tiada siapa menyangka mereka mampu sampai ke pusingan kalah mati, malah gergasi Eropah seperti Jerman terpaksa menunggu sehingga masa tambahan untuk menumpaskan Algeria pada pusingan itu. Ini adalah kali pertama Algeria berjaya mara ke peringkat kalah mati selepas tiga kemunculan di Piala Dunia sebelum ini.
Astro Awani