Kerajaan China telah mengharamkan kakitangan awam, pelajar dan guru-guru di wilayah Xinjiang terutamanya yang beragama Islam daripada berpuasa pada bulan Ramadan ini dengan alasan untuk melindungi “kesejahteraan” rakyat.
Notis pengharaman tersebut juga telah dimuat naik di beberapa laman web jabatan kerajaan . Perkara tersebut juga telah diumumkan melalui Stesen radio Bozhou dan University TV . Menurut jurucakap Kongres Dunia Uighur yang memperjuangkan demokrasi , hak asasi manusia dan kebebasan bagi penduduk Uighur, pihak berkuasa juga telah menggalakkan rakyat Uighur untuk makan makanan percuma yang disediakan dan juga membuat pemeriksaan ke rumah untuk melihat samaada mereka berpuasa atau tidak.
Ini bukanlah pertama kali larangan seperti ini dibuat namun pada kali ini, perkara ini menjadi lebih sensitif memandangkan Xinjiang berada di bawah kawalan ketat berikutan serangan sebelum ini dan pihak kerajaan menyalahkan golongan pelampau Islam dengan hubungan pengganas asing. Konflik semakin memuncak antara penduduk Islam di Xinjiang dan dominan Han Cina,yang beragama Buddha, Daoist, atau Kristian.
Bagaimanapun larangan tersebut telah diselar kerana dianggap menyekat kebebasan beragama malah akan memburukkan lagi konflik berkenaan.