Siapa sangka menu kegemaran Malaysia , Ayam Tandoori, yang biasanya hanya boleh dinikmati di kedai-kedai mamak kini boleh dimasak sendiri oleh anda dengan hanya menggunakan ketuhar gelombang mikro (microwave).
Wanista kongsikan resepi dari Samsung kolaborasi bersama Chef Nik Michael Imran ini ya. Menu mudah dan lazat ini telah dimasak menggunakan Samsung Cello Smart Oven.
Bahan-bahan
- 4 sudu teh Greek Yogurt
- 2.5 cm Halia Diparut
- 1 Ulas Bawang Putih Diparut
- 5 Sudu Teh Jus Lemon
- 2 sudu teh Serbuk Jintan Putih
- 0.25 sudu teh Garam Masala
- 0.5 sudu teh Serbuk Paprika ( letak lebih jika mahu warna yang lebih terang, jika suka)
- 0.25 Serbuk Kunyit
- Garam Laut dan Lada Hitam sebagai perasa
- 2 Paha Ayam ( Whole Chicken Legs)
- Minyak untuk memerap ayam
Caranya
1. Menggunakan mangkuk adunan (mixing bowl) , gaulkan yogurt, halia. bawang putih, jus lemon,jintan putih, garam masala, paprika, kunyit, garam dan lada hitam .
2. Setelah digaul rata , perapkan ayam sekurang-kurangnya selama 2 jam di dalam peti sejuk . Sebaiknya perapkan sepanjang malam. Boleh juga dibiarkan tersimpan di dala peti ais dalam tempoh yang lama.
3. Untuk memasak, letakkan ayam di atas dulang Microwave (Microwave tray) dan kemudian renjiskan sedikit minyak pada keseluruhan ayam, jangan menggunakan terllau banyak minyak, 1 sudu makan sudah mencukupi.
4. Masukkan ke dalam Smart Oven di atas rak tinggi dan pilih setting Microwave + Grill selama 12 minit.
5. Hidangkan bersama Roti Naan , *Mint Chutney dan sepotong limau.
* Resepi Mint Chutney ( Kuah Ayam Tandoori)
Bahan-bahan
- 1 cawan daun pudina segar dicincang
- 1 cawan daun ketumbar segar dicincang
- 1 cili hijau ( tambah lebih cili jika anda suka pedas)
- 1/2 inci halia
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 1 hingga 2 sudu makan jus lemon
- Garam laut
- Yogurt secukup rasa (untuk warna dan rasa) , lebih kurang 1 cawan
Caranya
1. Campur semua bahan kecuali yogurt dalam pengisar dan kisar hingga sebati
2. Masukkan yogurt mengikut kepekatan yang diingini.