Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, Jenama Dettol telah melancarkan kempen ‘Protecting the Future’ Dettol dalam mensasarkan kutipan dana sebanyak RM 100, 000. Kutipan dana tersebut akan disalurkan untuk tujuan pendidikan dan kesihatan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
Salah satu daripada pemacu utama untuk mencapai matlamat ini adalah peranan berterusan Dettol dalam mendidik anak-anak dan isi rumah tentang amalan-amalan kebersihan yang baik melalui program-program sekolah dan aktiviti-aktiviti di luar. Dettol juga memilih untuk menjalankan kempen ini pada bulan Ramadhan untuk memeriahkan dan menyokong aktiviti amal jariah yang begitu digalakkan pada bulan mulia ini.
Menerusi kempen ini, setiap RM 1 daripada belian barangan Dettol bernilai RM20 akan disumbangkan kepada badan-badan kebajikan kanak-kanak. Dana yang terkumpul akan didermakan kepada Yayasan Save The Children dan Dignity For Children untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan pendidikan kepada kanak-kanak kurang bernasib baik.Pihak Dettol mengharapkan orang ramai akan memberikan kerjasama dalam menjayakan kempen ini.
Kempen Dettol ‘Protecting the Future’ ini akan dijalankan bermula pada 29 Jun sehingga 29 Julai 2014 di seluruh negara. Dettol juga akan memberikan beg hadiah Ramadhan kepada pengguna yang menyertai kempen ini di lokasi-lokasi terpilih Giant, Mydin, Tesco, The Store dan Econsave. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari Facebook dan laman web Dettol .