Bulan puasa berbuka dengan steamboat. Masalahnya nak cari restoran steamboat halal, di mana? Restoran yang Wanista senaraikan merupakan antara pilihan steamboat halal yang sedap lagi lazat di sekitar Lembah Klang.
1. Restoran Tupai-Tupai
Restoran ini menawarkan makanan seperti steamboat, tradisional melayu, western dan juga seafood. Dibina seperti rumah Melayu lama dan terletak berdekatan dengan Dewan Bahasa, Restoran Tupai-Tupai bukan saja dikenali dengan suasana kampung, tetapi juga terkenal dengan hidangan seperti ikan panggang, bubur lambok dan juga gulai tempoyak disamping makanan barat seperti grilled salmon. Untuk keselesaan pengunjung, kesemua cawangan Tupai-Tupai ini mempunyai surau dan tempat berwuduk untuk memudahkan pengunjung bersolat.
Lokasi :
Kuala Lumpur
NO 551 A & B,
Jln Bukit Petaling, Off Jln Istana,
50460, KL
Tel : 03-21432525
Ampang
No 1, Jln AWF 1,
Ampang Waterfront
68000, Ampang
Tel : 03-42923333
Bangi
Lot 1513-A, Kg. Sg. Tangkas,
Batu 18, Jln Bangi,
Kajang, 43000
Tel : 03-89222525
Shah Alam
No 2, Jln Lompat Tinggi,
13/33 Seksyen 13,
40100, Shah Alam
Tel: 03-51262525
2. Johnny’s Restaurant
Rasanya semua tahu akan Johnny’s Restaurant yang menyediakan steamboat dan makanan Thai. Johnny’s sentiasa menjadi pilihan disebabkan mempunyai pelbagai pilihan, sup didatangkan dengan pilihan sama ada tomyam ataupun sup biasa, sambal juga sedap dan tidak terlalu pedas, aneka pencuci mulut yang juga manis dan lazat.
Lokasi:
BB Plaza, Jalan Bukit Bintang
Tel: 03-21442468 Fax: 03-21442469
11am – 10pm
Jusco Metro Prima Shopping Centre
Tel : 03 – 62581381 Fax: 03 – 62581382
10am – 11pm
Aeon AU2 Shopping Centre
Tel : 03-42602382 Fax:03-42602392
10.30am – 10.00pm (Sun to Thurs)
10.30am – 10.30pm (Eve PH, Fri & Sat)
Jusco Alpha Angle Shopping Centre
Tel : 03 – 41499820 Fax: 03 – 41499826
10.00am – 10.00pm (Mon to Fri)
10am – 11pm (Sat to Sun)
3. Liki Liki Restaurant
Liki Liki Restaurant kini memperkenalkan signature dish mereka, “Chim Chum” iaitu konsep grill dan steamboat. Pakej bufet adalah terdiri daripada daging diperap, ayam, makanan laut, Bangkok Laksa, mango sticky rice, malah, makanan Thai ala-carte juga disediakan.
Lokasi:
Setapak
47-0 Platinum Walk Business Park,
Jalan Langkawi Danau Kota, Kuala Lumpur, 53000
017-883 6322
4. Jazz House Buffet Steamboat
Apa keistimewaan steamboat di sini? Kuah yang dihidangkan ialah sup kuah asam rebus. Sup Kuah Asam Rebus dimasak menggunakan daun kesom dan bunga kantan. Aroma serta rasanya yang cukup masam memang buat kita teruja menjamu selera. Lagipun, ia suatu kelainan sebab selama ini hanya sup ayam atau sup tomyam saja disediakan. Restoran Jazz Buffet Steamboat dibuka setiap hari dari 5 petang hingga 12 malam. Harga yang dikenakan RM25 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak2 (7-12 tahun). Kanak-kanak bawah usia 6 tahun, percuma. (sumber)
Lokasi:
Alamat di No 71, Jalan Raja Alang, Kampung Baru
Tel: 01114333991.
5. Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan
Menariknya Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan kerana tawaran 150 jenis hidangan dan yang paling istimewa kambing panggang turut dihidangkan untuk pelanggan. D’Kayangan Steamboat menyediakan dua tempat makan untuk pelanggan, iaitu bahagian tertutup dan open air. (sumber)
Harga set yang ditawarkan:
- Sizziling Grill + Stimboat + Kambing Panggang + Masakan Panas + buah +Dessert + Air sejuk + Teh Tarik.
Harga Dewasa : RM33 sahaja
Kanak-kanak : RM17 sahaja.
Lokasi:
Sri Acappella Servis Apartment,
No 1, Jln Lompat Tinggi 13/33M,
Seksyen 13
Shah Alam.
No tel : 012-397 0091/012-297 1091/ 03-5523 4979.
Facebook : Steamboat Buffet BBQ D’Kayangan