Mengunjungi bazar Ramadhan adalah salah satu perkara yang kita nanti-nantikan setiap kali tibanya bulan mulia ini. Siapa yang tidak rambang mata melihat pilihan aneka makanan yang dijual para peniaga, namun tragedi yang menimpa 3 beradik di Shah Alam ini mungkin kita perlu dijadikan iktibar dan peringatan untuk kita sebelum membeli sebarang makanan.
Memetik laporan daripada BH Online dan Harian Metro , empat adik beradik telah dimasukkan ke hospital disebabkan keracunan makanan dipercayai akibat roti john yang dibeli dari Bazar Ramadhan Taman Sri Muda . Tiga beradik itu dikenali sebagai Nurul Qaisarah Hamdan, 13, Muhammad Qayyim, 11, Nur Qatrunnada, 9, dan Nurul Qasihdayana, 4. Mangsa telah mengalami cirit-birit , muntah-muntah , kekejangan otot dan muka menjadi pucat. Muhammad Qayyim, turut dilaporkan dimasukkan di unit rawatan rapi (ICU)
Menurut bapa mangsa, Hamdan Mohd Nasir, beliau tidak menyangka anak-anaknya akan mengalami keracunan makanan kerana mereka sekeluarga telah biasa membeli roti john tersebut daripada gerai yang sama setiap tahun.
Jadi pengajarannya, hati-hati ketika membeli juadah untuk berbuka puasa. Berdasarkan laporan Sinar Harian Online tinjauan yang dibuat di bazar Ramadhan negeri Kelantan tahun lalu, 60.4 peratus makanan yang dianalisis tidak mematuhi peraturan. Kami bukanlah hendak skeptikal terhadap juadah bazar Ramadhan seperti yang dilakukan Azwan Ali di Twitter (opssss) ( sumber) dan tidak juga mahu menyokong pendapatnya namun pastikananda berhati-hati memilih gerai ketika membeli makanan, pastikan anda memilih gerai yang bersih bukan yang sedap sahaja ya.