Pada bulan Ramadhan ini, sediakan juadah sahur dan iftar anda yang lebih sihat dengan Samsung Cello Smart Oven. Kerja memasak anda akan menjadi lebih mudah tanpa perlu banyak perancangan dan persediaan.
Samsung Smart Cello Oven sesuai bagi individu dan keluarga yang mementingkan kesihatan kerana ia merupakan gabungan padat gelombang mikro dan gril dengan sistem pemanas perolakan. Dengan menggabungkan grill dengan peredaran udara panas, teknologi Samsung’s Slim Fry™ boleh memasak makanan kegemaran anda dengan rangup sempurna secara sama rata dari permukaan ke dalam tanpa minyak tambahan. Ia juga dilengkapi dengan ciri penapaian untuk membuat yogurt buatan sendiri dan roti dengan mudah.
[ Resepi : Ayam Tandoori Menggunakan Microwave]
Dengan gaya hidup yang serba pantas kini , penting untuk kita memulakan hari yang baik dengan sarapan enak yang sihat untuk memberi kita tenaga yang cukup sebelum memulakan hari. Ramadhan ini, menyiapkan makanan sahur akan menjadi mudah untuk keluarga anda. Samsung Smart Cello Oven membolehkan anda untuk memilih daripada 13 pratetap Mod Auto memasak yang boleh menjadikan mana-mana hidangan biasa kepada hidangan yang memukau selera.
[Resepi : Slim Fried Barramundi Menggunakan Microwave]
Sahut cabaran ini dan anda boleh menjadi tukang masak setiap hari. Anda boleh menyediakan pelbagai hidangan kegemaran anda untuk keluarga dan rakan-rakan tanpa perlu bimbang tentang masalah “kurang atau terlebih masak” dengan Samsung Cello Smart Oven Smart Multi sensor. Sama ada makanan beku atau sejuk, ia membaca suhu permukaan makanan ini setiap kali anda memasak untuk menentukan sama ada proses memasak sudah selesai.
[ Resepi : Pandan Creme Brulee Menggunakan Microwave]
Selepas hari yang panjang di tempat kerja, perkara terakhir yang anda mahu lakukan adalah untuk membersihkan selepas makan malam. Samsung Smart Cello Oven mempunyai dalaman licin seramik untuk anti-bakteria, tahan calar, mudah untuk dibersihkan dan tidak mengotorkan dari masa ke masa. Jadi tentunya ianya bersifat tahan lama dan lasak. Apa lagi, jom bergaya dengan kemasan keluli tahan karat Samsung Cello Smart Oven dan tampak hebat di dapur moden anda hari ini.
Dijual dengan harga runcit RM2, 099, Samsung Cello Smart Oven boleh didapati di kedai-kedai runcit Samsung terpilih dan wakil penjual.