Diana Danielle, ibu muda yang miliki rupa paras cantik, kebijaksanaan dan bakat yang cukup cemerlang dalam bidang lakonan. Isteri kepada Farid Kamil ini memegang kata-kata Audrey Hepburn iaitu “Happy girls are the most beautiful girls”. Paling penting dalam hidup adalah bersyukur kerana itulah cara yang paling mudah dan berkesan untuk gembira.
Miliki wajah dan kulit putih bersih menjadikan pelakon ini sentiasa tampil ayu dan anggun sekali. Wanista yakin mesti anda semua tertanya-tanya bagaimana Diana menjaga kecantikannya. Jom korek rahsia kecantikan pelakon ini.
1. Alat solek wajib dibawa ialah concealer, maskara dan gincu.
2. Rejim penjagaan kulit wajah, membersih, menyegar dan melembapkan wajah. Akan semburkan air pada wajah pabila kulit terasa tegang di siang hari. Gunakan pelembap yang mengandungi SPF di siang hari dan pelembap yang lebih mewah lembapannya pada waktu malam untuk merawat kulit yang tertekan di siang hari.
3. Petua yang diamalkan untuk rawatan wajah – campurkan susu, pisang dan beberapa titik minyak zaitun serta telur dan sapukan pada kulit muka.
4. Selain itu, Diana juga campurkan madu asli dan strawberi dan jadikannya sebagai pupur muka selama 15 minit. Ia untuk melembap dan menyihatkan kulit.
5. Diana mengawal pemakanan bukan kerana mahu menurunkan berat badan tetapi lebih kepada menjaga kesihatan. Memilih makanan yang akan memberikan lebih tenaga dan menstabilkan mood.
5. Kawal selera makan dengan makan sajian yang tinggi protein, rendah karbohidrat dan banyakkan sayuran juga buahan.
6. Sajian yang diambil setiap hari – waktu pagi sukakan ‘All-American breakfast’ seperti sosej, sauteed mushrooms, scrambled eggs dan roti bakar. Makan tengahari pula biasanya mengambil sajian berat seperti nasi ayam atau stik. Makan malam lebih sukakan yang ringan contohnya cous cous dan salmon bakar bersama labu lenyek.
7. Jika ‘bad hair day’, Diana akan ikat rambut gaya ponytail, high ponytail.
Pesan Diana, berdiri, melangkah penuh yakin dan nikmati hari sepenuhnya dan paling penting usah lupa untuk melemparkan senyuman yang cukup indah.
Majalah EH – Rahsia Kecantikan Selebriti, Gambar via Instagram Diana Danielle