Kecoh seketika dahulu apabila pasangan Johan Raja Lawak dan isterinya yang juga seorang pelakon , Ozlyn memfailkan saman RM 1 juta terhadap pengarah Mohd Javed Mohd Nizar dan syarikat penerbitannya, Juara Filem Production Sdn Bhd. Tindakan suami isteri tersebut adalah berikutan dakwaan kecederaan yang dialami oleh pelawak tersebut pada tahun 2010 di lokasi pengambaran.
Walaupun tidak memenangi jumlah sebanyak RM 1 juta, pasangan suami isteri tersebut akhirnya berjaya mendapat jumlah ganti rugi bernilai RM 170, 100 . Jumah tersebut adalah termasuk kos perubatan bernilai RM 100 dan juga faedah lima peratus kepada Johan bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian. Ozlyn juga telah menerima ganti rugi RM 20, 000 dan faedah lima peratus bermula dari tarikh saman itu difailkan sehingga tempoh penyelesaian.Kecederaan tersebut teleh meninggalkan parut kekal di dahi Johan dan mahkamah telah mengambil kira faktor kerjayanya sebgai seorang pelakon yang bergantung kepada wajahnya sebagai sumber pendapatan. Ozlyn pula layak menerima ganti rugi tersebut akibat trauma.
Johan sebelum ini telah mendakwa bahawa Mohd Javed teleh mengasari dan membaling gelas kaca sehingga menyebabkan Johan mengalami kecederaan di dahi kirinya ketika mereka berjumpa di sebuah restoran di Sikamat, Seremban pada 11 Mei 2010. Pelawak itu juga turut mendakwa yang pengarah tersebut telah bertindak menterbalikkan meja di hadapannnya dan isteri selain telah mengalami kecederaan pada bahagian bawah mata kanannya didakwa akibat ditumbuk seorang kru pengambaran. Dia juga mendakwa terus dipukul dan disepak dan apabila dihalang oleh Ozlyn, isterinya itu turut dipukul.
Sumber : Astro Awani, The Star Online, The Malay Mail