Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, Pavillion Kuala Lumpur dengan kerjasama Royal Terengganu Songket akan mempamerkan warisan tradisional Malaysia iaitu seni penenunan songket kepada umum di Centre Court, Pavillion bermula 3 Julai sehingga 3 Ogos 2014.
Sebagai destinasi pusat membeli belah antarabangsa yang menarik jutaan pengunjung , Pavillion Kuala Lumpur mengharapkan pameran ini akan dapat mendekatkan budaya tradisi ini dihati pengunjung yang rata-ratanya dari kalangan urban di samping memperkenalkan seni warisan ini kepada generasi baru. Selain itu, pelancong antarabangsa yang datang berkunjung juga dapat merasai sendiri budaya Malaysia daripada sampel tradisi Hari Raya.
Pengunjung akan berpeluang melihat demonstrasi tenunan songket oleh pasukan Terengganu Royal S0ngket selain mencuba sendiri hasil tenunan tersebut. Selain itu,hasil seni pelukis antarabangsa dari Malaysia, Ken Yang seorang pelukis yang telah bekerja dan tinggal di Perancis selama 12 tahun juga akan dipamerkan sempena sambutan Hari Raya ini
Majlis pelancaran acara Weaving Tradisi Raya tersebut telah dirasmikan oleh Sultanah Terengganu , Duli Yang Teramat Mulia Sultanah Nur Zahirah. Persembahan seni Gamelan oleh SUKTRA Terengganu antara yang telah menghiburkan hadirin pada majlis perasmian gilang gemilang tersebut.
Pengunjung dan pembeli turut berpeluang menerima sampul hari raya yang eksklusif apabila berbelanja sebanyak RM 300 dalam satu resit di kedai-kedai terpilih. Penebusan boleh dibuat di concierge desk dan terhad kepada maksimum dua pek untuk setiap pembeli setiap hari.