Pernah terfikir datang ke Ikea dan tidur di ceruk katil atau kerusi empuk yang terdapat di sana? Tidak bukan. Keadaan yang agak janggal ini berlaku di Beijing, China apabila pusat beli belah perkakas rumah, Ikea dijadikan tempat persinggahan untuk menghilangkan penat.
Warga Beijing menjadikan setiap katil atau kerusi empuk sebagai pot untuk melelapkan mata dan boleh dikatakan keadaan agak menggelikan. Cuba bayangkan anda mahu melihat set katil tetapi di atasnya ada individu yang sedang enak dilamun mimpi. Mungkin keadaan di luar agak panas jadi mereka jadikan Ikea sebagai tempat menghilangkan penat dengan disertakan alat penghawa dingin.
Mungkin mereka sudah biasa dengan keadaan dan situasi demikian tapi kalau dekat Malaysia ada yang berani buat benda sebegini, mahu naya nanti. Lihat gambar di bawah dan apa kata anda?
Gambar via Dailymail