Kata orang, cinta itu buta. Kalau dah suka, rupa paras dan harta bukan lagi ukuran. Namun hakikatnya bukan mudah untuk kita buang lumrah menghakimi orang lain pada pandangan pertama. Contohnya pasangan yang berkenalan melaui internet, ramai yang akan terpikat dengan profile picture yang diletakkan sebelum memulakan langkah untuk berkenalan.
Bagaimanapun, trend dating yang diperkenalkan di London ini mungkin boleh kita betul-betul berkenalan dan terpikat dengan hati budi dan personaliti individu tersebut sahaja tanpa dipengaruhi oleh faktor rupa paras fizikal. Semasa sesi speed dating ini berlangsung, para peserta dikehendaki menyarung kepala mereka dengan beg kertas.
Trend yang diinspirasikan laman web dating Loveflutter.com ini betul-betul akan memberi peluang kita tertarik dengan seseorang bukan kerana faktor fizikal. Ini baru betul-betul dikira blind date. Seronok juga kan berjumpa dan berkenalan dengan orang baru tanpa takut dihakimi. Berminat untuk mencuba trend ini dalam pencarian cinta sejati?