Kini, anda boleh memesan makanan dengan mudah! Foodpanda telah mempertingkatkan aplikasi mudah alih dengan menawarkan akses mudah pemilihan makanan lebih daripada 30,000 restoran di lebih daripada 40 buah negara merentasi empat benua. Aplikasi baru ini boleh didapati di semua platform mudah alih utama: IOS, Android, Windows, Nokia X dan Asha.
Kita telah menyaksikan bahawa pertumbuhan besar telefon pintar di semua pasaran dan telah menggunakan semua pengalaman dan pengetahuan untuk membangunkan aplikasi penghantaran makanan yang paling mudah. Masa depan pesanan makanan mudah alih dan kami berada pada kedudukan terbaik untuk menjadi peneraju yang jelas.
Aplikasi mudah alih ini membolehkan pelanggan untuk melihat restoran tempatan yang disyorkan dan memilih beribu-ribu hidangan untuk penghantaran dan membawa pulang. Menu dilengkap dengan gambar-gambar makanan dan terdapat setiap ulasan dan penilaian pelanggan. Di samping itu, foodpanda/ hellofood menawarkan tawaran eksklusif dan tawaran istimewa dari pelbagai jenis restoran. Pengguna boleh mengakses kembali sejarah pesanan mereka untuk pesanan semula cepat dan mudah. Tambahan pula aplikasi membolehkan pengguna untuk menyesuaikan makanan mereka seperti di restoran dengan memilih, mengganti atau menambah topping pilihan mereka.
Cara mengguna
1. Anda perlu memuat naik aplikasi foodpanda di platform mudah alih utama: IOS, Android, Windows, Nokia X dan Asha.
2. Anda perlu pilih lokasi tempat. Contoh: Malaysia – Petaling Jaya
3. Terdapat pelbagai pilihan restoran terdapat di sekitar lokasi tempat Petaling Jaya
4. Contoh – Anda memilih Restoran TGI Friday’s, jadi terdapat pelbagai pilihan makanan dikehendaki, pilih yang mana anda inginkan
Penghantaran Foodpanda hanya mengambil masa kurang 30 minit sahaja. Jadi, tunggu apa lagi, muat naik aplikasi Foodpanda dan dapatkan makanan apa yang anda inginkan.