Tiada berita yang lebih hangat lagi untuk kami update di Wanista.com selain kejayaan pasukan Jerman menjulang Piala Dunia 2014 pagi tadi setelah berjaya menumpaskan pasukan Argentina dengan jaringan 1-0 oleh Mario Goetze pada minit ke 113 semasa masa tambahan sekaligus mencatatkan sejarah kerana menjadi pasukan Eropah pertama menjulang piala tersebut di Amerika Selatan.
Untuk meraikan kemenangan pasukan Jerman, franchais minuman Boost Juice Bar di Malaysia akan memberikan minuman percuma kepada sesiapa sahaja yang memakai jersi Jerman hari ini! Apa yang anda perlu lakukan adalah pergi ke kedai minuman Boost Juice dengan memakai jersi pasukan Jerman dan ambil minuman percuma anda. Mudah bukan?
Apa yang menarik dengan Boost Juice adalah semua jus dan smoothie sekurang-kurangnya 98% bebas lemak, tidak menggunakan perisa tambahan, bahan awet, pewarna dan tiada gula atau air. Bukan sahaja minuman Boost Juice berkhasiat malahan juga rasanya yang sedap. Apa lagi,serbu! ( LOKASI Boost Juice Bar )