Memperkenalkan edisi model kamera kompak terbaru daripada Samsung, yang bergaya lagi berkuasa , NX3000. Hadir dalam rekaan retro yang klasik , peranti ini juga dalam masa yang sama menjanjikan prestasi yang cemerlang dengan penghasilan imej yang berkualiti tinggi, terang, jelas dan mengagumkan dengan mudah.
NX3000 dilengkapi dengan 20.3MP APS-C CMOS Sensor,1/4000 shutter speed dan 5fps continuous shooting dalam mengabadikan saat indah anda pada bila-bila masa di mana jua.
Selain itu, ciri skrin Flip-up 3.0 inchi dengan Wink Shot akan membuatkan rakaman gambar selfie anda menjadi lebih mudah. Hanya perlu buka skrin, halakan skrin ke arah wajah dan kenyitkan mata , pengguna dapat merakamkan gambar selfie yang sempurna dengan hanya satu pergerakan mudah.
Seperti juga semua SMART camera yang dikeluarkan Samsung baru-baru ini, NX3000 juga mengekalkan ciri integrasi Tag & Go bagi perkongsian imej yang lancar melalui saluran WiFi dan sambungan NFC . Malah ciri Tag & Go membolehkan pengguna mengggunakan sambungan yang lebih advance seperti Photo Beam , Remote Viewfinder Pro dan Mobile Link.
Peranti mengagumkan ini mempunyai tiga pilihan warna iaitu Putih, Hitam dan Coklat berserta dengan Lensa 16-50mm F3.5-5.6 Power Zoom ED OIS kompak Samsung yang baru. Lensa hebat dan ringan ini tentunya akan memudahkan anda merakamkan imej yang menakjubkan secara lebih terperinci. Tambahan lagi, dengan lensa Power Zoom 16-50mm , pengguna dapat mengawal fungsi zoom kamera peranti mudah alih dengan menggunakan Remote Viewfinder Pro maka pengguna juga dapat membidik gambar yang diingini dengan lebih kreatif.
Kamera NX3000 sudah boleh didapati dengan harga RM1699 (harga yang disyorkan di pasaran) di semua Samsung Experience Stores dan semua pengedar sah Samsung. Untuk maklumat lanjut tentang spesifikasi kamera ini , anda boleh layari laman web rasmi Samsung Malaysia.