Calon Presiden Prabowo Subianto menyertai kempen peduli Palestin di Bulatan Hotel Indonesia, Jakarta. Kempen tersebut dihadiri ribuan peserta dari Jawatankuasa Nasional untuk Rakyat Palestin (KNRP) dan rakyat beragama Islam Indonesia. Di dalam kempen itu, dia telah menyumbang sumbangan peribadi berjumlah Rp1 bilion ( kira-kira RM270,000 ) untuk membantu meringankan beban mangsa serangan tentera Zionis itu.
Dalam ucapannya, Prabowo amat prihatin atas serangan yang dilakukan Israel kepada warga Palestin. Dia bahkan mengecam tindakan tersebut.
“Kami di sini untuk menyatakan keprihatinan kita, kekecewaan kita, kelakuan di luar batasan manusia oleh senjata. Oleh kekuatan tentera yang besar, ini kita kecam, kita tuntut, semua negara di negara ini untuk mengecam Israel memberhentikan serangan ketenteraan. Tapi tidak hanya mulut, tapi dengan tindakan nyata. Kita sumbang dana dan bahkan darah. Kalau perlu kita siapkan sukarelawan perubatan, sukarelawan kemanusiaan,” ujar Prabowo.
Dia menggesa umat Islam untuk tidak hanya melaungkan bantu umat Islam di Gaza dengan hanya melalui mulut, tetapi dia juga menyeru untuk mempertaruhkan jiwa membantu saudara Islam yang sedang diserang tentera Israel.
Berdasarkan rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Indonesia, Prabowo pada 2003 memiliki harta berjumlah Rp10 bilion (RM2.7 juta).Bagaimanapun, kekayaan yang dimilikinya selepas bersara berlipat kali ganda. Pada tahun 2009, bekas menantu bekas presiden Suharto itu dikatakan memiliki kekayaan berjumlah kira-kira RM65 juta, termasuk aset tidak bergerak seperti perusahaan, penternakan dan surat berharga.
Sumber : Merdeka.com