Pelakon terkemuka Korea yang terkenal sebagai wanita utama dalam drama Korea “My Love from the Star”, Jun Ji Hyun (juga dikenali sebagai Gianna Jun), duta terbaharu Hada Labo muncul di Shanghai baru-baru ini untuk menghadiri sidang media untuk Hada Labo Lotion. Jun Ji Hyun yang terkenal dengan kecantikan semulajadinya, amat padan dan sempurna untuk jenama penjagaan kulit Hada Labo yang berpegang teguh kepada falsafah “Sempurna X Ringkas”. Di dalam sidang media tersebut, Jun Ji Hyun berkongsi rahsia bagaimana untuk memiliki kulit yang cantik dan sihat.
Jun Ji Hyun berkongsi rahsia kulitnya yang halus, mulus dan terhidrat
Iklan terbaharu Hada Labo Lotion untuk tahun 2014 juga ditayangkan dalam sidang pelancaran tersebut dengan menampilkan Jun Ji Hyun yang berkongsi pengalamannya menggunakan Hada Labo Lotion untuk kelembapan sepanjang hari. Bertutur dengan petah dan fasih dalam Bahasa Mandarin, beliau berkata “Sudahkan anda menggunakan Hada Labo Lotion? Kulit sungguh lembap dan elastik.”
Selain dari rejim penjagaan kulit yang asas, Jun Ji Hyun juga berkongsi rahsia bagaimana untuk mencapai penampilan yang konfiden dengan kulit yang cantik dan sihat. Menurutnya lagi, melembapkan kulit amat penting kerana ia membantu untuk memelihara keseimbangan lembapan kulit pada tahap optimum. Oleh itu Hada Labo Lotion adalah produk yang wajib dalam rejim penjagaan kulit hariannya.