Jika anda penggemar Popsicles atau lebih sinonim juga dengan nama aiskrim Malaysia, apakata cuba buat sendiri aiskrim ini dalam perisa teh hijau pula. Penggemar minuman Green Tea Latte seperti yang dihidangkan di Starbucks juga mesti teruja dengan resepi ringkas ini. Malah ianya lebih sihat kerana tidak menggunakan gula dan **Chef Christine juga telah menjadikan *Glucerna® sebagai salah satu bahan dalam menu ini. Ia bermakna penghidap penyakit diabetis jua boleh menikmati hidangan aiskrim.
Bahan-bahan
5 scoop / 45 g Glucerna® Powder
200 ml Air Kosong
1/4 sudu teh Green Tea Powder
Cara Membuatnya
1. Larutkan Glucerna® Powder bersama air.
2. Masukkan Green Tea Powder kemudian kisar dengan menggunakan mesin pengisar atau hand blender.
3. Biarkan seketika dan sejukkan dalam peti sejuk (chill) sehingga buih yang terhasil tadi beransur hilang.
4. Tuang dalam plastik aiskrim dan bekukan dalam peti sejuk.
5. Setelah beku, aiskrim ini siap untuk dinikmati.
* Menu telah disediakan menggunakan Glucerna® sebagai salah satu bahan. Anda juga boleh menggantikan bahan ini dengan susu.
** Menu telah disediakan oleh Chef Christine , Culinary Instructor di Masak-masak, Publika Shopping Gallery