Menurut laporan akhbar Harian Metro sebentar tadi, seorang lelaki dalam usia lingkungan 20-an maut dipercayai terjun dari aras empat sebuah pusat beli belah di Bangsar di sini, dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari tadi. Kejadian ini berlaku di pintu belakang pusat beli-belah berkenaan.
Menurut pegawai keselamatan pusat beli belah Bangsar Shopping Centre yang enggan namanya disiarkan, mangsa dipercayai naik ke aras empat secara berseorangan sebelum bertindak terjun. Ekoran itu mangsa maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan di kepala sebelum di bawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
“Semasa kejadian orang awam memberitahu kami ada orang hendak membunuh diri. Sebaik tiba ke lokasi kejadian mangsa sudah terjun,” katanya. Gambar ini telah disiarkan di laman sosial dan menurut seorang pengguna Twitter Eugene Low , mangsa dipercayai terlibat di dalam pertelingkahan dengan ibunya sebelum nekad terjun membunuh diri.
Kami akan update jika ada berita tambahan.