Pagi tadi stesen radio tempatan Hitz FM dan Era FM dihujani kritikan pedas rakyat Malaysia gara-gara menemubual wanita pembuli jalanan, Kiki Kamaruddin. Sebelum ini video wanita tersebut menjadi bualan dan kecaman masyarakat terutamanya pengguna media sosial kerana kebiadapan dan tindakan wanita tersebut yang mengamuk, memaki hamun malah membawa pengunci stereng kereta untuk mengetuk kereta lelaki tersebut yang juga warga emas.
Menurut laporan Harian Metro, pesara kerajaan, Sim Siak Hong ( Uncle Sim ) , 68, warga emas yang menjadi mangsa tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya malah bersedia memaafkan wanita itu. Dia hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu namun enggan melaporkan kejadian wanita itu bertindak ganas terhadapnya walaupun diminta pihak berkuasa untuk berbuat demikian.
Persoalannya, adakah wajar stesen radio tempatan menemubual pembuli jalanan hanya kerana untuk memberi peluang dia meminta maaf kepada rakyat Malaysia? Ramai yang mengecam tindakan dua stesen radio itu dan berpendapat Uncle Sim patut diberi peluang untuk ditemubual.
Ada pengguna laman sosial melemparkan kata-kata kurang enak dan berkata tindakan mereka boleh menjadi ikutan negatif kanak-kanak yang mungkin menganggap tindakan buli boleh menyebabkan mereka popular dan berpeluang ditemubual di radio.
Berikut adalah kritikan pedas pengguna media sosial terhadap stesen radio berkenaan :