Boleh dikatakan beberapa laman web menyebarkan berita pemain bola sepak Jerman, Mesut Ozil menderma sebahagian bonus Piala Dunia yang diperoleh kepada kanak-kanak Gaza.
Ozil, yang berketurunan Turki, membuat pengumuman itu selepas berakhirnya kempen Piala Dunia di Brazil. Ozil menerima habuan berjumlah RM646,000 untuk kemenangan pasukan Jerman di separuh akhir dan hampir RM1.2 juta wang bonus selepas muncul juara Piala Dunia 2014 dari Kesatuan Bola Sepak Jerman.
Walaubagaimanapun, dakwaan berita tersebut adalah tidak benar apabila wakil kepada Ozil memberitahu Ozil mendermakan wang tersebut untuk 11 orang kanak-kanak Brazil dalam menjalani pembedahan.
Ozil, 25, membantu operasi dana untuk 11 kanak-kanak yang sakit di Brazil sebelum kejohanan dan kempen Piala Dunia. Malah, memberi inspirasi kepadanya untuk menderma lebih banyak wang.
Malah, Ozil memberitahu di laman Facebook Mesut Özil miliknya.