Selalunya kita hanya meraikan perkara-perkara yang menggembirakan. Contohnya sambutan hari lahir dan perkahwinan mesti akan dimeriahkan dengan kek yang bertulis ucapan manis. Walaupun ianya bukan adat dan budaya asal kita, namun ianya sudah semakin boleh diterima oleh masyarakat kita.
Namun kini terdapat satu trend pelik yang dirayakan di Amerika Syarikat. Nampaknya masyarakat di sana sudah mula meraikan penceraian perkahwinan mereka dengan kek tertulis “Just Divorced” . Emma , 40 tahun misalnya telah meraikan perceraiannya setelah 7 tahun mendirikan perkahwinan. Hiasan kek tersebut adalah terdiri daripada batu nisan yang tertulis “Liar’ , ‘Cheater” dan “Hate’ dan juga keranda yang berisi cincin pertunangannya.
Emma yang turut meraikan perkara tersebut dengan dua anaknya berpendapat itu adalah caranya untuk kembali bersemangat meneruskan kehidupannya. Ohhh… macam tu ke….
Selain Emma, trend yang mula popular di Amerika Syarikat ini sebenarnya telah banyak diraikan sebelum ini. Kami kongsikan beberapa dekorasi kek sempena “meraikan” penceraian perkahwinan.
Harap-harap trend ini tidak menular di Malaysia ya.