Awal pagi tadi, kita dikejutkan dengan berita pesawat MH17 yang membawa seramai 280 penumpang, 15 kru maut selepas pesawat ditembak jatuh di Ukraine. Pegawai Kementerian Kecemasan Ukraine berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.
Difahamkan sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan. Pesawat MH17 itu ialah jenis Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko.
Sumber gambar : Astro Awani, Dailymailuk, google image