Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas menurut laporan AFP. Penerbangan itu membawa sejumlah 295 orang – merangkumi 280 penumpang dan 15 anak kapal. Penerbangan itu dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pada 6.10 pagi Jumaat. Laporan media asing mendakwa pesawat itu telah “ditembak” namun kerajaan Rusia dan Ukraine masing-masing menafikan pembabitan mereka dalam insiden itu.
Berikut antara senarai nama penumpang dan anak kapal:
Senarai tidak rasmi penumpang MH17:
Belanda 143
Australia 27
Malaysia 20 ( 2 bayi)
Indonesia 11 (1 bayi)
British 6
Jerman 4
Belgium 3
Filipina 3
Kanada 1
Tidak diketahui 62
Jumlah 280
Kru teknikal 4 lelaki
Kru kabin 11 (3 lelaki / 8 wanita)
Semua kru warga Malaysia
Jumlah keseluruhan 295
Jumlah warga Malaysia 35
Senarai anak kapal MH17:
- Captain: Eugene Choo Jin Leong (male, 45)
- Vice- captain: Ahmad Hakimi Bin Hanapi (male, 29)
- Vice- captain: Muhamad Firdaus Bin Abdul Rahim (male, 27)
- Mohd Ghafar Bin Abu Bakar (male, 54 )
- Dora Shamila Binti Kassim (female, 47)
- Azrina Binti Yakob (female, 41)
- Lee Hui Pin (female, 42)
- Mastura Binti Mustafa (female, 40)
- Chong Yee Pheng (female, 40)
- Shaikh Mohd Noor Bin Mahmood (male, 44)
- Sanjid Singh Sandhu (male, 41)
- Hamfazlin Sham Binti Mohamed Arifin (female, 42)
- Nur Shazana Binti Mohamed Salleh (female, 31)
- Angeline Premila Rajandaran (female, 30)
Terkini: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan bahawa seramai 298 jumlah penumpang dan krew, termasuk tiga orang bayi terlibat di dalam nahas pesawat MH17. MAS mengesahkan daripada 298 orang itu, 43 orang adalah rakyat Malaysia, 154 orang adalah rakyat Netherlands, 27 dari Australia, 12 dari Indonesia, sembilan dari United Kingdom, empat masing-masing dari Jerman dan Belgium, tiga dari Filipina serta satu dari Kanada. Sementara itu kewarganegaraan 41 orang lagi masih belum dikenal pasti.
Ini antara maklumat terkini yang diperolehi, kami akan update senarai nama penumpang dari semasa ke semasa.