Sebelum ini penyanyi seksi Rihanna pernah dilaporkan memutnaik status dengan hashtag #FreePalestine di akaun Twitternya, namun bagaimanapun status tersebut telah dipadamkan lapan minit kemudian. Memetik laporan The Telegraph, Rihanna menafikan yang dia telah menulis status itu dan status tersebut telah dipos secara “tidak sengaja” dan beliau hanya menyedari perkara tersebut setelah menerima tweet balas dari pengikut-pengikutnya.
Penyanyi tersebut dikatakan telah menaikkan status yang disifatkan lebih ‘seimbang’ dan tidak berat sebelah keesokkan harinya
Ternyata , walaupun penyanyi ini terkenal dengan sikap yang rebellious dan membuat keputusan dan tindakan di luar kawalan (ini termasuklah memakai pakaian seperti berbogel di Anugerah CFDA), beliau nampaknya tidak bebas untuk menyuarakan pendapatnya berkenaan isu ini.
Berbeza pula dengan penyanyi remaja Selena Gomez yang kelihatan lebih lantang di laman Instagramnya. Bekas buah hati penyanyi Justin Bieber ini, telah memuat naik gambar dengan tulisan “ITS ABOUT HUMANITY PRAY FOR GAZA” Beliau juga turut meletakkan kapsyen ;
“Please pray for those families and babies today.Please always remember what’s important in life. It’s not any of this. We are here to help, inspire and love. Be that change. #wearethenextgeneration” ( Sila berdoa untuk orang-orang keluarga dan bayi ini hari ini. Sila sentiasa ingat apa yang penting dalam kehidupan. Kita berada di sini untuk membantu, memberi inspirasi dan kasih sayang.Mari lakukan perubahan. #kitaadalahgenerasiseterusnya)
Tegas dengan pendapatnya, Selena kemudiannya memuatnaik satu lagi gambar yang menjelaskan dia bukan menyebelahi mana-mana pihak namun hanya mengharapkan keamanan dan nilai kemanusiaan.
Syukur masih ada selebriti barat yang berfikiran begini. Peperangan yang meletus di Gaza tidak sepatutnya dilihat daripada perspektif agama semata-mata sebaliknya isu kemanusian yang sepatutnya lebih dipandang berat.
Kredit imej: Instagram Selena Gomez dan Twitter Rihanna