Satu perkara yang kita harus akui dan tidak dinafikan kini adalah kuasa media sosial. Memanfaatkan perkara ini, satu projek bertujuan untuk menyampaikan mesej secara beramai-ramai dalam menghentikan keganasan dan dalam masa yang sama menuntut keadilan dan kemanan untuk Gaza , Syria , Burma dan semua kawasan yang sedang mengalami penindasan telah dilancarkan dengan menggunakan internet sebagai medium.
Projek ini juga secara tidak langsung diharapkan dapat menguatkan perpaduan masyarakat Islam selain meraih perhatian masyarakat di seluruh dunia dengan menyebarkan mesej dalam menuntut keamanan dan menghentikan keganasan tanpa mengira pegangan, bangsa dan umur.
Projek ini telah bermula hari ini, 21 Julai 2014. Untuk sama-sama menyertai caranya adalah
1. Ambil gambar mesej peribadi anda seperti template dalam gambar di atas. (Untuk wanita ,jika gambar anda dimasukkan sekali, digalakkan berhijab , dalam erti kata lain pastikan penampilan menggambarkan anda seorang muslim)
2. Tulis mesej bermula dengan ayat “I am a muslim and …’
3 . Sertakan nama dan dari mana anda berasal.
4. Jangan lupa letakkan hashtag #ProjectIAmAmuslim pada kapsyen
Setakat ini, pelakon Nora Danish antara selebirti yang telah menyertai kempen ini. Nora juga telah memuatnaik gambar bermesej dari keluarga dan kawan-kawannya di laman Instagramnya.
Kami harapkan lebih ramai lagi akan menyertai kempen ini dan semoga matlamat untuk menyampaikan mesej seruan keamanan sejagat ini akan tercapai.