Selepas kecoh isu seorang wanita Korea yang gambarnya tersebar di laman-laman sosial semalam kerana memakai baju bertulis ayat suci al-Quran ketika membeli barangan di sebuah pasar raya di Ampang, kini pihak berkuasa telah menemui beberapa helai t-shirt yang mempunyai cetakan kalimah Allah dijual di sebuah kedai di Tesco Semenyih. Baju yang mempunyai cetakan nama Allah di tengah-tengah dan juga hiasan corak di sekeliling kalimah Allah itu serta dijual dengan harga RM30 sehelai sebelum diturunkan harga kepada RM15 ( diskaun raya ).
Sebelum itu, gambar seorang wanita Korea yang juga seorang pelancong dinasihati seorang lelaki gara-gara memakai blaus berwarna-warni dengan cetakan ayat suci al-Quran yang katanya telah dibeli di India. Wanita itu kini sedang dikesan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 398 Kanun Keseksaan iaitu menghina agama bagi menimbulkan ketidakpuasan hati.