Nak raya ni mesti ada yang terfikir perlu atau tidak tukar sofa yang baru? Nak beli sofa yang macam mana? Sebelum nak beli, baca tips ini, mana tahu membantu.
1. Jika mahu beli sofa, beli sofa yang berkualiti tinggi kerana ianya tahan lama.
2. Anda perlu titik beratkan soal corak penggunaannya. Yakni, adakah ia sofa utama, digunakan untuk aktiviti harian seperti berehat, membaca, menonton televisyen atau mungkin digunakan sekali sekala meraikan tetamu.
3. Pertimbangkan kelebihan tambahan sofa agar ia dapat diguna secara optimum. Pilih sofa yang tinggi bagi keselesaan tetamu yang tinggi lampai atau sebaliknya untuk pengguna rendah serta penyandar yang mantap (tidak lembik) bagi memudahkan tetamu bersandar.
4. Pilih sofa berdasarkan penggunaan anda. Maksudnya di sini ialah jika anda beli bertujuan untuk beristirehat jadi pilihlah sofa berkusyen lembut dan tebal beserta dengan bantal-bantal pelengkap.
5. Jika anda mempunyai sebuah ruang tamu formal, sofa kulit dengan kusyen mantap adalah pilihan terbaik. Ini ruang yang terbaik untuk mengalukan kedatangan tetamu.
6. Saiz sofa wajar dipilih berdasarkan keluasan ruang. Pastikan saiz sofa tidak terlalu besar sehingga menyesakkan ruang tamu yang sempit. Ya, ini penting agar ada laluan kosong agar memudahkan anda, tiada masalah trafik berlaku di situ.
7. Sofa sentiasa kelihatan mempersona apabila ia disudahi dengan kemasan fabrik berkualiti. Pilih fabrik yang perlukan penjagaan teliti seperti sutera. Namun, ianya terhad di ruang yang jarang digunakan.
8. Kemasan microfibre adalah pilihan yang terbaik, ia kelihatan menarik dan mudah dibersihkan.
9. Fabrik bertekstur tidak mudah rosak (koyak) berbanding fabrik licin.
10. Sofa kulit adalah pilihan terbaik jika anda membeli untuk penggunaan jangka masa lama. Dan lebih menarik, terdapat banyak sofa kulit berwarna menarik, tidak terhad kepada warna hitam atau coklat sahaja.
Majalah Impiana