Sempena lebaran yang bakal tiba tidak lama lagi, Wanista.com berpeluang menemuramah Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi , ELYZA’S Home (M) Sdn. Bhd iaitu Elyza Yong tentang tips menghias tingkap sempena lebaran ini. Berikut adalah beberapa tips yang sempat beliau kongsikan .
1. Apakah jenis seni bina dan rekaan tingkap yang biasa terdapat di ruangtamu?
- Tingkap Berbingkai
Tingkap berbingkai mempunyai engsel menegak dibahagian tepi tingkap dan dibuka ke arah luar. Kebiasannya terdapat dalam bentuk panel berkaca.
- Sliding Door
Sliding door atau Patio door ialah tingkap kaca bersaiz besar yang menjadi akses dari ruang dalam ke bahagian luar, akses untuk udara segar dan cahaya semula jadi.
- Tingkap Duplex
Ketinggian berganda pada pembangunan bangunan.
- Dinding Kaca
2. Apakah gaya hiasan dalaman yang paling digemari kini?
- Rekabentuk Kemas (Simplicity)
Contoh:
i. Ripplefold
ii. Eyelet
iii. Bidai
Coulisse Roller Blind
Coulisse Netherlands BV ialah peneraju dalam pembekalan komponen perhiasan tingkap dan pelbagai sistem bidai termasuk penggelek, panel, Venetian, bergaris tegak dan berlisu serta sistem bermotor.
ii. New Classic
Contoh:
- Hard Pelmet atau Soft Pelmet
New Classic Vol. 2
Koleksi klasik terkini yang menggabungkan rekaan fabrik Jascquard bertekstur dengan suntikan corak jalur dengan kilauan kemewahan yang tersendiri. Mampu menghasilkan ruang yang lebih anggun dengan rekaan yang tidak lapuk dan sesuai sepanjang zaman.
3. Apakah trend warna hiasan tingkap yang paling digemari untuk tahun ini ?
- WARNA LEMBUT & PERTENGAHAN
Pilihan gaya warna 2014 lebih kepada warna lembut dan pertengahan kerana kebanyakan pengguna sudah bosan dengan warna yang terlalu terang dan menyerlah.
- WARNA CERAH PERMATA
Warna hijau pudar, biru langit, biru kehijauan hingga biru gelap, merah jambu, kuning mimosa dan permata cerah, ungu terung, merah padam dan oren menjadi warna kegemaran untuk gaya 2014.
- HITAM & PUTIH
Gaya hitam, kelabu & putih semakin banyak digunakan disebabkan ramai golongan muda yang meminati rekaan hitam & putih.
- WARNA SEMULA JADI
Namun, beberapa warna seperti warna semulajadi, kekuningan, warna bumi, kelabu, emas dan perak kekal menjadi gaya untuk bertahun lamanya.
4. Bagaimana cara memilih langsir untuk pencahayaan semulajadi?
- Sheer
Duplex Vol. 1 Collection
Koleksi yang menarik dan versatil dengan pilihan fabrik kosong dan telus dalam pelbagai tekstur dan rekaan menarik ini bersesuaian untuk dijadikan ropol berkembar untuk tirai yang tinggi. Kelembutan fabrik jacquard kosong yang berkualiti yang digabungkan dengan fabrik telus berona ceria mampu membangkitkan suasana yang mewah dan bergaya untuk ruang yang moden pada masa kini.
- Knitted Lace
Elite Collection Vol. 4
Fabrik mewah dan eksklusif ini menawarkan pilihan menarik untuk pereka dalaman dan jururias rumah. Koleksi fabrik kemasan berkilat dengan rekaan klasik ini turut menggabungkan reka bentuk satin dan renda mewah yang mampu menghasilkan suasana yang glamor dan tidak lapuk dek zaman untuk kegunaan tirai langsir dan kemasan perabot yang bersesuaian. Pastinya sesuai untuk mereka yang inginkan ruang kelihatan lebih klasik dengan gaya baru.
Voile
Country Collection
Sebuah koleksi rekaan `mix and match’ mempesonakan yang membawa intipati suasana Cottage Garden. Koleksi ini merangkumi corak floral ringkas dan sarat, corak kotak, jalur, tona kosong termasuk pelbagai corak lain dalam pilihan warna yang lembut dan menarik. Koleksi country ELYZA’S® memberikan anda suasana yang desa yang sebenar dan semulajadi ke dalam kediaman anda
5. Boleh berikan tips menghias tingkap hiaan tingkap bagi ruangan yang kecil
- Gunakan tidak lebih dari 3 warna (tidak termasuk hitam & putih), jika tidak sesuatu ruang dalaman akan nampak serabut.
- Untuk menjadikan ruang anda kelihatan besar, elak dari menggunakan warna gelap.Contohnya, dinding dan lantai yang cerah secara automatik memberikan anda ilusi ruang yang besar.
- Jadikan langsir lebih lebar dan tinggi jika boleh.
6. Pada pendapat anda, wajarkah hiasan tingkap ditukar sepenuhnya setiap kali tiba lebaran.
Tidak menjadi kemestian untuk menukar langsir anda setiap tahun kerana ia mungkin akan menyebabkan pembaziran, untuk tujuan sambutan seperti Hari Raya, anda boleh menghasilkan mood yang bahagia untuk sambutan perayaan anda dengan menambahkan cushion,table runner atau tieback yang cantik.
Menambahkan pelmet atau perkakasan dibahagian atas tingkap adalah cara yang baik untuk membuatkan langsir lama nampak baru dengan kesan yang memukau. Ini akan membuatkan para penghias rumah menjadi lebih mudah apabila mereka mempunyai bajet kewangan yang terhad untuk membuat set langsir rumah yang baru di hari perayaan nanti. Langsir dengan pelmet atau swag di bahagian atas membuatkan rupa langsir tersebut lebih mewah dan nampak bergaya. Jadi perkakasan seperti ini di sarankan untuk hiasan langsir pada Hari Raya anda.
Atau cuba sesuatu yang baru dengan menukarkan sheer di bahagian hadapan, kalau anda ingin menukar langsir lama ke baru, cara yang terbaik adalah dengan hanya menukar satu lapisan sahaja, samada langsir depan atau sheer.