Perlu diketahui tidak semestinya jurusolek profesional sahaja memerlukan set berus solekan lengkap, anda juga boleh memilikinya. Malah, anda juga harus mendapatkan set berus asas yang lengkap agar hasil solekan lebih cantik dan berseri. Lebih-lebih lagi bila anda berhias untuk ke majlis rasmi.
Ini 5 jenis berus yang perlu ada dalam beg mekap anda.
Berus Concealer – Elok pilih yang nipisdan leper agar mudah untuk meratakan oenyamar noda khususnya pada bahagian bawah mata, malahan juga boleh mengawal jumlah concealer yang disapur pada wajah.
Berus Bedak Asas – Tahukah anda penggunaan berus adalah lebih baik berbanding dengan penggunaan span. Selain sapuannya yang lebih rata, anda juga tidak memerlukan bedak asas yang banyak berbanding span yang lebih meyerap bedak asas sewaktu sapuan di muka.
Berus Wajah – Berus ini wajib ada dalam setiap beg mekap. Ia digunakan untuk meratakan bedak (sama ada jenis kompak ataupun tabur) ke seluruh wajah.
Berus Pembayang Mata – Ada diantara kita yang lebih selesa menggunakan jari untuk membuat solekan di bahagian mata. Seeloknnya cuba gunakan berus pembayang mata, ianya memiliki dua saiz berbeza. Saiz yang kecil untuk menyapu pembayang mata dan berus yang lebih besar untuk mengadunkan pembayang mata yang telah dicalitkan pada kelopak mata agar solekan tampak lebih mesra dan tidak setompok.
Berus Pipi – Pilih yang sedikit serong agar lanyang pemerah pipi lebih kemas dan tidak tampak setompok. Hanya cecahkan sedikit berus pada pemerah pipi agar warnanya tidak terlalu kuat kala menyentuh pipi.
Jika sudah menggunakan berus solekan, anda mesti mengetahui cara penjagaannya yang betul. Ikuti tips mudah untuk membersihkan berus solekan.
Majalah EH! Rahsia Cantik 15 Selebriti