Pasti ramai yang mahu membuat renovasi rumah ketika menjelang lebaran ini dan tentunya perubahan yang paling mudah dan cepat boleh dibuat dalam mencantikkan kediaman anda adalah mengubah warna dinding. Namun, adakalanya pemilihan warna cat yang sesuai mungkin menimbulkan dilema dan kesukaran semasa proses ini.
Namun dengan kecanggihan teknologi kini, Pengguna IOS atau peranti Android kini boleh mendapatkan bantuan dalam menggambarkan hasil akhir dan rupa make-over rumah tanpa kos yang tinggi. Jenama cat terkemuka , Nippon Paint telah memperkenalkan applikasi Nippon Paint Colour Creations dan My Paint Expert yang bakal memudahkan proses make over kediaman anda .
Nippon Paint Colour Creations app – membolehkan pengguna untuk meletakkan warna terus pada imej dan membolehkan penggunakan menyapu warna pada dinding secara maya dengan sentuhan jari sahaja.
Hal tersebut dapat dijayakan dengan hanya menggunakan tiga langkah mudah, Pertama, ambil gambar ruang yang ingin dicat . Kemudian, dengan akses kepada pilihan pelbagai jenis warna dari perpustakaan Nippon Paint, pilih warna pilihan dan letakkan pada imej – pengguna juga boleh mencampur dan mewujudkan skim warna dan palet mereka sendiri.
Dengan applikasi ini, pengguna dapat memilih dan menentukan warna cat yang diingini tanpa perlu mencuba dahulu menggunakan cat sebenar dan kos yang murah.
Bagi melengkapkan Nippon Paint Colour Creations app, Nippon Paint juga telah mencipta aplikasi My Paint Expert , yang membolehkan pengguna untuk mengira jumlah cat yang diperlukan dengan tepat untuk projek tertentu.
My Paint Expert juga membolehkan pengguna untuk memilih produk cat yang betul untuk kerja dengan panduan produk yang luas. Para pengguna juga boleh merancang perbelanjaan dengan mengakses pelbagai harga bagi mana-mana produk tertentu.
Kedua-dua aplikasi ini sesuai untuk golongan profesional seperti peniaga cat, pemaju projek, pereka profesional dan arkitek, namun masih mesra dan cukup mudah juga untuk digunakan oleh individu dan pemilik rumah.
Dua aplikasi menarik ini boleh dimuat turun secara percuma dari iTunes dan Google Play Store. Nippon Paint juga kerap mengemaskini aplikasi supaya pengguna dapat sentiasa mengikuti tawaran terkini, produk dan warna yang boleh didapati.
Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan melayari www.nipponpaint.com.my.