Kulit yang sihat , berseri dan lembap semulajadi tentunya menjadi idaman semua wanita. Kini impian anda boleh tercapai dengan adanya rangkaian penjagaan kulit Laneige Water Bank yang baru. Kandungan Biogene Technology dan Hydro Ion Mineral Water menyediakan lapan kali kuasa pelembapan dengan partikel ion mineral yang menyerap pantas untuk mengatasi masalah kulit kering.
Kandungan Tillandsia Extract dalam produk utamanya , Water Bank Essence (RM165) , bertindak memberi kelembapan kepada kulit secara optimum dan White Willow bark extract nya pula mengurangkan haba yang terhasil pada kulit dalam menghalang kehilangan lembapan kulit.
Water Bank Gel Cream (RM130) pula mengandungi semi-opaque gel-type pula memberikan kesegaran serta-merta dan efek pelembapan yang berpanjangan. Ia menyerap secara pantas dan memberikan hasil yang tidak melekit. Sesuai untuk pemakaian di cuaca panas sepanjang hari. Krim ini disyorkan untuk mereka yang mempunyai kulit normal dan jenis kombinasi.
Bagi pelembapan yang lebih lama, rangkaian ini juga turut menawarkan Water Bank Moisture Cream (RM130) . Krim pelembap ini mampu menjamin kelembapan sehingga 24 jam. Krim ini pula disyorkan untuk mereka yang mempunyai kulit normal dan jenis kering.
Siri penjagaan kulit ini juga dilengkapi dengan produk Water Bank Eye Gel (RM130) . Dicipta untuk mengatasi masalah mata yang sembap dan letih. Formulanya yang melembap dan menyuburkan secara semulajadi mampu melegakan tekanan dan ketegangan pada bahagian mata. Dilengkapi dengan kandungan Bilberry yang berperanan untuk merangsang peredaran darah pada mata dan Palm tree fruit untuk pelembapan berpanjangan sehingga 24 jam.
Rangkaian pelembap luar biasa ini boleh didapati di kaunter-kaunter Laneige seluruh negara bermula Julai ini.