Mahkamah Arab Saudi telah menjatuhkan hukuman tiga tahun penjara terhadap seorang lelaki yang didakwa menjual diri kepada lelaki lain melalui Twitter. Tak hanya penjara, lelaki berusia 24 tahun itu juga dihukum sebatan sebanyak 450 kali.
Menurut laman Emirates 24/7, Jumaat 25 Julai 2014, lelaki ini ditahan oleh pegawai Suruhanjaya Syariah Saudi. Polis rupanya sudah memantau aktiviti lelaki tersebut di Twitter sejak awal lagi. Polis yang curiga kemudian berpura-pura menjadi pelanggan dan melakukan urusniaga. Lelaki itu kemudian menghubungi lelaki yang menyamar itu dan dan meminta untuk bertemu.
Pancingan itu rupanya berjaya dan lelaki yang tidak disebutkan namanya itu bersetuju untuk bertemu dengan polis yang menyamar sebagai pelanggan tersebut. Urusan dilakukan di rumah penjual diri itu. Apabila dia muncul, ahli Suruhanjaya sudah menunggunya. Mereka menangkap dia dan mencari bukti video di telefon pintarnya untuk menunjukkan bahawa lelaki ini terlibat aktiviti homoseksual.