Tahukah anda yang negara Amerika Syarikat semalam mengesahkan mereka membekalkan senjata tambahan kepada Israel untuk membunuh rakyat Palestin di Gaza? Mungkin berita ini tidak asing lagi kan?
CNN melaporkan bahawa pihak ketenteraan Amerika Syarikat akan memenuhi permintaan Israel untuk bantuan senjata yang semakin merosot selepas ia digunakan untuk membunuh rakyat Palestin dan memusnahkan Gaza. Jurucakap Pentagon Laksamana Muda John Kirby berkata, pihaknya menerima permohonan itu 20 Julai lalu dan kelulusan untuk memenuhi permintaan itu dibuat tiga hari kemudian.
Menurut seorang pegawai Pentagon, Amerika Syarikat akan membekalkan beberapa jenis peluru termasuk mortar 120mm dan peluru 40mm untuk digunakan bersama pelancar bom tangan yang berada di dalam simpanan senjata Amerika Syarikat di Israel bernilai lebih daripada $1 bilion ( RM3 bilion ).
Pengesahan itu dibuat selepas mereka menyelar serangan terhadap sebuah sekolah yang ditadbir Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di kem pelarian Jabaliya di utara Gaza yang menyebabkan sekurang-kurangnya 16 penduduk Palestin yang berlindung di situ terbunuh. Washington bagaimanapun enggan menerima hakikat bahawa rejim Zionis yang mengebom sekolah itu walaupun ia disahkan oleh agensi bantuan untuk Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).
Pierre Krähenbühl, Pesuruhjaya Agung UNRWA, menulis tweet bahawa serangan hari ini adalah kali keenam :
Gambar selingan Obama di Malaysia…
Dan akhir sekali.. selfie!