Susu merupakan penjanaan tenaga yang mengandungi pelbagai nutrisi penting yang sangat bermanfaat bagi tubuh. Segelas susu kaya akan kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, D, B6, B12, protein dan sebagainya.
Namun ternyata susu juga mengandungi seribu kebaikan bagi kecantikan wanita. Apa saja manfaatnya?
1. Mencerahkan Kulit Gelap
Kulit cerah sudah jelas menjadi idaman hampir setiap wanita. Kulit gelap kerana terbakar atau pigmentasi boleh diatasi dengan susu. Susu mengandungi asid laktik yang tinggi yang mempunyai sifat pencerah pada kulit. Selain itu susu juga akan dapat membersihkan sel-sel kulit mati. Celupkan kain yang lembut ke dalam susu dan sapukan pada kulit anda sebelum mandi. Biarkan sebentar dan bilas saat mandi. Lakukan ini tiga minggu sekali dan dapatkan kulit cerah berseri.
2. Pembersihan Wajah
Susu juga merupakan pembersih yang baik. Gunakan kapas dan celupkan ke dalam susu lalu usapkan pada wajah anda. Selepas itu bilas dengan air. Gunakan susu setiap hari untuk mendapatkan wajah yang bersih dan juga cerah.
3. Kulit Bercahaya
Anda boleh menghancurkan pisang dan campurkan dengan beberapa sudu susu. Sapukan susu ini pada wajah yang bersih dan juga lembab dan biarkan selama 15 minit sebelum anda membilasnya dengan air. Lakukan ini secara teratur paling tidak seminggu sekali dan dapatkan wajah yang cerah berseri.
4. Sel Kulit Mati
Susu mentah mengandungi beta hydroxy acid yang merupakan bentuk dari asid alfa hidroksil. Asid hidroksi alfa ini bertindak sebagai exfoliant semula jadi untuk menghilangkan sel kulit mati dan kering serta membuat kulit lembut.
5. Pelembab Wajah
Susu juga merupakan pelembap semula jadi yang boleh membantu melembutkan kulit kasar dan juga kering. Gunakan kapas dan sapukan susu pada wajah. Biarkan selama kurang 15 minit sebelum anda membilasnya. Lakukan ini secara rutin dua kali seminggu dan kulit akan terjaga kelembutan dan kelembapan.