Daripada pose “ducky face” dan “mulut ikan” dan mengembungkan pipi kini muncul pula satu trend baru untuk bergambar. Pose yang secara literalnya dinamakan “pose kaviti” ini digayakan dengan meletakkan tangan ke pipi dengan mimik muka sedih kini sudah semakin popular di Jepun.
Bukan sahaja menjadi ikutan di media sosial, pose yang kelihatan seperti ‘sedang sakit gigi’ ini juga dijadikan pilihan untuk menghiasi muka depan majalah-majalah fesyen terkemuka di sana.
Pose yang juga dinamakan sebagai ‘mushiba no poozu’ atau ‘mushiba poozu’ dalam bahasa Jepun dan telah mula menjadi ikutan dan trend di laman Twitter dan Instagram di kalangan gadis-gadis di negara matahari terbit itu tidak kira untuk bergambar selfie atau berkumpulan.
Motifnya tetap sama dengan pose ducky face dan sebagainya, untuk nampak comel dan wajah lebih kurus di dalam gambar. Di mata anda bagaimana? Comel ke?
[ Sumber ]