Rasanya semua tahu berita pasangan pengantin yang berasal dari Jasin, Melaka iaitu Norfadhilah Mohd Badroldin dan Mohd Hilmi Muslim bertindak memijak dan membakar bendera Israel sebelum memasuki kawasan rumah mereka ketika di hari persandingan. Bendera berkenaan diletakkan di jalan masuk ke kediaman tersebut untuk dipijak oleh hampir 3,000 tetamu yang menghadiri majlis tersebut.
Terkini, berita tersebut disiarkan menerusi laman blog milik Israel iaitu elderofziyon.blogspot.com dengan judul “Malaysian couple decides to burn Israeli flag on their wedding day “.
Berita itu turut dikongsi oleh laman Facebook Israel iaitu The Israel Project (Tip), perkongsian berita itu mendapat respon daripada penyokong Israel yang marah dengan tindakan itu.
Ada di antaranya mendoakan agar pasangan tersebut mendapat ‘bala bencana’ dek kerana perbuatan itu.
Patrick Gleen Hendry yang dipetik sebagai berkata “semoga kehidupan mereka suami isteri penuh dengan kesengsaraan”.
Tindakan memijak bendera itu merupakan simbolik yang menjelaskan Israel selayaknya diletakkan di bawah telapak kaki umat Islam selain membangkitkan perasaan marah terhadap kekejaman rejim tersebut.
Sinar Harian