Semalam gambar-gambar seorang gadis yang dikenali dengan nama Fatin Ilani telah menjadi viral di laman sosial. Apa yang membuatkan gambar-gambar tersebut menjadi bualan ramai ?
Pertama, tentu sekali kerana keberaniannya untuk memanjat bangunan setinggi itu, kami tidak pasti berapa ketinggiannya tapi melihatkan pada gambar-gambar ini, kedudukannya cukup tinggi hingga memperlihatkan pemandangan malam Kuala Lumpur dengan jelas. Menariknya lagi, gadis ini berjaya melakukan perkara ekstrem ini dengan persalinan kebaya penuh.
Menurut laporan Says.com yang berjaya membuat temuramah eksklusif bersama jurugambar Keow Wee Loong yang merakamkan foto-foto tersebut, ia diambil dari atas kren dalam bangunan yang tidak diketahui. Jurugambar tersebut juga tidak menyangka yang Fatin akan setuju memanjat bangunan tersebut bersamanya memandangkan berdasarkan pengalamannya , kebanyakan lelaki yang mengikutinya sebelum ini takut akan ketinggiaan.
Gambar yang turut dikongsikan oleh portal hiburan Rotikaya ini juga bukan sahaja mendapat pujian malah ramai juga yang mengkritik tindakan gadis ini Ada yang mengkritik tindakan gadis ini yang disifatkan cetek dan cuba meraih publisiti murahan.
Namun ini jawapan gadis berani ini ;
Bagi kami sendiri, tidak ada salahnya melakukan sesuatu yang rare seperti ini. Buktinya, ia berjaya mendapat perhatian bukan.