Jeans atau denim pastinya dimiliki dan dipakai oleh semua golongan manusia, baik dari kanak-kanak seusia setahun hinggalah ke golongan berumur. Oleh kerana kualiti fabriknya yang tebal, keras berketahanan, menjadikan pemakaian jeans disesuaikan untuk pemakaian lasak seharian. Ketebalan jeans kini juga pelbagai, sehinggakan ada juga yang nipis.
Mulanya dihasilkan oleh syarikat pengeluar jeans terulung dan terkemuka dunia, Levis, jeans kini dikeluarkan oleh setiap jenama fesyen atau pereka fesyen. Fesyen jeans turut dipelbagaikan pemakaiannya dari seluar, skirt, jaket, dan vest.
Denim vest juga antara trend yang sesuai dipakai ketika ini, dengan hanya memilih skinny jeans, t shirt dan dilengkapkan dengan denim vest, anda kelihataan selesa dan bergaya sekali. Denim vest juga boleh disesuaikan dengan pelbagai gaya mengikut kesesuaian. Wanista kongsikan beberapa tips pemakaian denim vest yang sangat cool.
Image via chicisimo.com