Kejam dan tidak masuk akal ! Seorang ibu berusia 39 tahun telah didapati bersalah dan telah dipenjara kerana kesalahan mengadakan hubungan seks bersama anak lelakinya yang baru berusia 12 tahun. Menurut laporan The Mirror UK ini lagi, kejadian ini juga diperhatikan dan “dikawal” oleh kekasih ibu kejam berkenaan melalui webcam.
Mangsa yang berada dalam keadaaan trauma itu juga memberitahu polis bahawa dia boleh mendengar “arahan”lelaki tersebut melalui fon telinga yang dipakai oleh ibunya.
Jenayah menjijikkan itu terbongkar apabila si ibu membuat aduan tentang rakan kongsi di sebuah badan penyalahgunaan domestik. Walaubagaimanapun , wanita tersebut menyatakan perkara tersebut dilakukannya dalam keadaan “terpaksa” .
Wanita itu telah dijatuhkan hukuman penjara 3 tahun 3 bulan oleh mahkamah. Kedua-dua anak lelakinya diletakkan di bawah jagaan perkhidmatan sosial dan sebuah keluarga angkat.
Satu laporan psikiatri mendapati ibu itu mempunyai gangguan personaliti yang terjadi akibat terlalu bergantung dengan pasangan yang bersikap mendera.