Strategi yang dilakukan oleh seorang pemilik gerai burger di Shanghai, China iaitu Wang Meng sememangnya sungguh unik dan kreatif. Wang Meng telah mengupah seorang lelaki kulit hitam berbadan sasa untuk memasak dan mengril burger.
Pekerja Negro yang dikenali sebagai John itu membuat kerjanya dengan tidak mengenakan baju. Sejak itu terbukti gerai burger tersebut berjaya meningkatkan jualan.
“Saya boleh kata 90 peratus daripada pelanggan kami adalah wanita.
“Pesaing-pesaing saya (gerai-gerai burger lain) tidak berapa suka dengan idea ini yang mana mereka menyuruh pekerja saya, John memakai baju ketika memasak burger tapi saya rasa kesian dengan kerjanya yang perlu grill burger sepanjang hari, jadinya saya membenarkan dia tidak memakai baju ketika sedang bekerja,” katanya.
Sumber – mynewshub & odditycentral