Masih lagi dalam mood raya, kami yakin yang anda tentunya menerima banyak undangan ke rumah terbuka bukan. Kadang-kadang dalam satu hari mungkin anda perlu memenuhi lebih daripada satu undangan. Pada masa yang sama, ramai pula yang melayangkan jemputan ke majlis-majlis perkahwinan , macam musim pula.
Dalam memenuhi undangan ini, mesti ramai yang pening tentang busana yang ingin digayakan. Ye lah, takkan nak pakai baju yang sama sahaja berulang-ulang. Tambahan pula, pakai jarang-jarang sekali. Jadi membazir pula kalau asyik mahu beli yang baru. Waktu inilah anda boleh test power kemahiran mix and match anda. Zaman kini, tak semestinya anda perlu berbaju kurung dan kebaya sahaja.
Anda boleh memadankan koleksi top sedia ada samaada , peplum blouse ,body con dress, tunic, fishtail blouse bersama dengan skirt pelbagai potongan. Pilih skirt labuh potongan A , mermaid atau slit. Padankan warna? Tak perlu pening-pening. Fesyen blok warna atau colour blocking sentiasa menjadi penyelamat anda kala berfesyen. Malah trend ini juga menyuntik elemen segar dan ceria dalam gaya anda. Jadi bolehlah simpan duit anda untuk perbelanjaan lain ya.