Out of Africa berkisarkan kisah berlaku di sekeliling wanita bangsawan dilakonkan Meryl, yang mengahwini sepupunya, Finch Hatton dan ia akan membuatkan anda mengenali Kenya dan setiap watak dalam pengembaraan itu – sekali gus mengundang rasa kagum pada kawasan tasik dinamakan African Great Lakes.
Perasaan sama lantas memberi ilham kepada pengasas XALF, Xavier Mah bersama pasukannya menghasilkan koleksi terbaru diilhamkan daripada corak Safari baru.
Menariknya, perkara yang tidak masuk akal itu menjadi sebahagian daripada koleksi terbaru XALF kali bersama perasaan berkobar-kobar untuk mengembara dan kecintaan terhadap cosmopolitan, sesuai untuk digayakan sosialis ke acara, yang mungkin berakhir dengan kisah cinta.
Menggunakan pelbagai material, kulit bercorak harimau bintang, harimau, kuda belang dan ular sawa dengan tumit berukuran 3.5 inci, menarik tumpuan mata memandang.
Slinky Feline (RM690) – Kasut leper ini dihasilkan dalam corak harimau bintang diserlahkan dengan kemasan keemasan dan zip di bahagian tumit.
Grazing Grace (RM690) – Kasut leper bertumit satu inci ini adalah gabungan bulu zebra dan paku metal berwarna emas, menjadikan ia pilihan tepat digayakan ke acara minum petang hari Ahad.
Cougar Town (RM1450) – Gaun malam hitam memerlukan pasangan yang menghairahkan, dan ia adalah tumit tinggi 3.5 inci dengan bukaan depan bersama kulit berpaten, kemasan zip keemasan dan tali halus pada pergelangan kaki.
Tiger Lily (RM1450) – Kasut tumit tinggi 3,5 inci bersilang dalam warna ungu dan merah hati ini disuntik dengan kulit harimau dan kemasan zip keemasan.
Green Eyed (RM1450) – Biarkan rakan sosialista anda cemburu dengan sepatu tinggi bertumit 3.5 inci yang diperbuat daripada kulit hijau dan diperincikan dengan sedikit corak zebra.
Man-eater (RM1450) – Burui hasil lebih besar dengan kasut yang terlihat rugged dengan perincian kulit ular sawa ini.
Military Officer (RM1450) – Sepatu bertumit tinggi dilengkapi zip pada bahagian tepi daripada kulit berwarna hijau bersama perincian corak harimau.
Belle Pride (RM1450) – Sepatu bertumit empat inci daripada kulit berpaten warna merah hati. Ia kenangan terhadap pengembaraan, melalui perincian cetakan corak zebra, lambing cinta sejati.
Call of the Wild (RM1450) – Si cantik merah hitam dengan tumit empat inci tambah menarik dengan muncung bercetak motif kulit zebra, kulit merah menyala di bahagian tengah dan hitam pada belakangnya.
The Sojourn (RM1450) – Kasut bercetak harimau bintang penuh ini adalah satu keperluan, diberi sentuhan hijau firus dan perincian keemasan bersama tumit empat inci.
Apex Predator (RM1650) – Tampilkan keseksian diri pada parti bersama kasut but terbuka bertumit 3.5 inci bersama perincian cetakan motif harimau, perincian keemasan dan zip tepi.
Untuk maklumat lanjut, lawati www.xalfdesign.com atau hubungi untuk temujanji di talian +603-2298 7203.