Bunga adalah salah satu trend utama musim ini. Dalam usaha untuk memberi pelanggan produk yang autentik , H & M telah bekerjasama dengan rumah British terkenal Liberty, menggabungkan corak tradisional dengan bentuk kontemporari dalam koleksi kapsul baju pakaian dan aksesori yang sepadan. Koleksi ini boleh didapati pada bulan September 2014.
Liberty mementingkan cetakan bunga yang eksklusif dalam rekaan mereka. Arkib mereka menampilkan motif hasil sentuhan artis William Morris, bersama corak Art Nouveau yang ikonik . Walaupun tampak sarat , cetakan Liberty adalah halus, dan begitu sempurna untuk almari pakaian lelaki maskulin.
Koleksi ini terdiri daripada empat baju, tiga pocket squares, , satu tali leher , dan satu bow tie dengan tag khusus. Direka untuk tujuan mix , dan berbanding match, rekaan ini tampil ringkas dan kontemporari. Sebagai hasil kerjasama yang unik, koleksi ini juga disasarkan sebagai collector’s items .
*Harga :
Baju – RM199
Tie – RM99.90
Bowtie – RM99.90
Sapu tangan – RM59.90