Baru-baru ini, Majlis Ulama Indonesia telah mengeluarkan fatwa adalah haram bagi kaum wanita yang mengenakan pakaian Muslimah tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat. Trend itu sebenarnya dikenali dengan nama ‘JILBOOBS’ ( Jilbab ( tudung ) dan BOOBS ( payudara ) ).
MUI mengeluarkan fatwa berkenaan berikutan trend baharu dalam kalangan wanita bertudung yang menggayakan fesyen Jilboobs (gabungan Jilbab dan Boobs) yang kini menjadi ikutan di Indonesia. Golongan tersebut mempopularkan fesyen Jilboobs iaitu mengenakan tudung kepala tetapi berpakaian ketat bermula dari paras leher ke bawah.
Menurut Ma’ruf, MUI mengeluarkan fatwa itu memandangkan cara menutup aurat oleh golongan itu tidak bersesuaian dan tidak menepati Syariat Islam tentang cara berpakaian. Sehubungan itu, MUI menggesa setiap Muslimah yang sudah bertudung agar memberi perhatian pada cara berpakaian yang menepati Syariat agama.
Sebelum ini, sebuah komuniti wanita Muslimah yang memperkenalkan diri mereka sebagai Jilboobs Community dalam Facebook, memuat turun foto mereka mengenakan pakaian ketat sehingga mencetuskan reaksi kurang senang daripada pengguna media sosial itu.
Kehadiran komuniti jilboobs dalam media sosial facebook cukup menarik perhatian masyarakat termasuk para hijabi dan juga pereka fesyen muslimah di Indonesia. Komuniti itu turut mendapat komen-komen negatif di media sosial terutamanya di Facebook.
Seorang pereka fesyen dari Indonesia dengan labelnya Temiko, menyifatkan mungkin mereka kurang arif tentang cara berpakaian wanita muslimah sebenar. Sebaiknya jangan menghukum mereka, tetapi berilah nasihat yang berguna dengan cara komunikasi yang baik, bukan dengan cara mencela, mencaci, atau menghina.
Kempen anti kumpulan ‘Jilboobs’ ini mendapat sokongan kuat pereka fesyen islamik di Indonesia dan juga ahli agama di sana.