Lisa Surihani, namanya cukup gah dalam industri seni di Malaysia sekarang ini, malah, sentiasa muncul dalam iklan komersial. Diakui antara selebriti yang hadir dengan pakej yang lengkap, kejelitaan dan bakatnya seiring. Lisa juga dikelaskan sebagai selebriti ‘BEAUTY WITH BRAIN’.
1. Ikon Kecantikan pilihannya adalah Datin Seri Normala Samsudin dan Nurul Syuhada kerana mereka mempunyai kecantikan, berhemad dalam perbuatan dan bijak membawa diri.
2. “Saya tidak begitu suka mengenakan solekan, melainkan ketika menghadiri majlis anugerah atau formal. Untuk hari-hari biasa, saya hanya menggunakan krim CC untuk melindungi kulit daripada panahan cahaya matahari. Selain itu, sapuan nipis maskara dan gincu sudah memadai.
3. Lisa ke salon rambut untuk rawatan setiap 4 bulan sekali.
4. “Saya akan pastikan wajah dicuci bersih, penyegar wajah, pelembap, serum dan juga krim siang dan malam. Saya mempunyai masalah pori di kawasan T-Zone. Penting untuk memastikan wajah bersih sebelum tidur bagi mengelakkan masalah kulit yang lebih besar.
5. Rawatan wajah profesional dilakukan sebulan sekali.
6. Amalkan herba ginseng dan sarang burung untuk mengekalkan kesihatan dan tenaga.
7. “Saya sentiasa memberus gigi, flos dan menggunakan cecair kumur untuk nafas segar dan bersih.
8. “Saya amalkan pemakanan sihat iaitu melebihkan sayuran hijau, terutamanya salad.
9. “Saya hanya melakukan stretching bagi meregangkan bahagian otot. Buat masa kini, tarian merupakan rutin senaman harian.
Majalah Eh! Rahsia Cantik 15 Selebriti, Kredit gambar via The Star & Instagram Lisa Surihani